Oh, doa kita didengari rupanya.

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

Ketika sesetengah orang ditimpah musibah, kita sedang bersenang-lenang membaca blog dan melayari internet. Dari manakah kita peroleh ketenangan dan keselamatan itu semua ? Dari doa kita atau usaha kita atau kedua-duanya ?

Seseorang pernah berkata kepada saya :



" Tidak perlu berdoa. Jika kau hampir terlibat dalam kemalangan,seperti termasuk lorong yang bertentangan dan di hadapan kau terdapat sebuah lori besar yang sedang laju menuju ke arah anda, usaha kau untuk mengalihkan stereng itu yang akan menyelamatkan nyawa kamu. Saya tidak rasa jika kamu berdoa ketika itu akan dapat menyelamatkan nyawa kamu " ujar beliau dalam ruangan komen di Facebook.

Saya berfikir sejenak. Bagi memberi jawapan yang mudah difahami.

Tidak sukar sebenarnya untuk memahami konsep doa. Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku walau sesaat kehadapan, jadi bagaimana kita boleh pasti yang usaha kita itu akan berhasil ? Kerna itu kita perlu berdoa.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi)
Berbalik kepada tajuk di atas, adakah selama ini doa kita didengari. Suka untuk saya memberi contoh dengan kehidupan yang pernah berlaku ke atas diri saya.

Saya bukanlah seorang pelajar yang pintar berbanding dengan adik beradik mahupun rakan-rakan yang lain. Dengan rezeki Allah saya menerima tawaran untuk belajar di German. Namun, saya perlu melepasi ujian penyaringan di Intec, Shah Alam selama 2 tahun setengah.

Untuk dijadikan cerita, boleh dikatakan program ALG (A-Level German) adalah program yang paling lama di Intec dan paling ramai pelajar yang tidak lepas jika mahu dibanding dengan program yang akan ke Mesir, Korea, Jepun ,UK, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Jadi saya akan berusaha keras untuk memastikan hajat ibu saya melihat saya belajar di luar negara tercapai. Malangnya, saya lihat usaha saya itu seperti tidak pernah berhasil. Jika ada peningkatan pun, amatlah sedikit.
Sampai satu tahap, saya rasa mahu berputus asa. Namun, saya tetap teruskan usaha dan DOA.
Doa adalah sebahagian dari permulaan usaha !
4 semester sudah pun berlalu. Hati ini masih penuh berharap agar dapat melepasi ujian A-level walau rasa diri ini masih banyak kekurangan. DOA tidak pernah ku lupakan. Hati ini sentiasa mengharapkan agar Dia memberi yang terbaik pada diri ini. Bohonglah jika saya kata yang saya tidak takut sekiranya tidak lepas. Sangat takut sehingga kadang-kadang rasa tidak yakin pada diri hingga membuatkan diri rasa tertekan. Sampai satu tahap, saya rasa amat mustahil untuk berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Amat mustahil bagi diri saya. Dan hati ini terus mengharap.

* * *

Hari ini, pada 7 Mac 8:16 waktu german, saya sedang menulis artikel ini untuk menggalakkan ramai orang agar terus berdoa tanpa henti !

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi. (HR Hakim)
Sebenarnya doa kita didengari oleh si Dia. Dan Dia memberikan hanya yang terbaik pada kita. Sekiranya Dia mengabulkan segala apa yang kita pinta, maka Dia bukan tuhan, sebaliknya hamba kita ! Maka bersangka baiklah kepadaNya setiap masa.

Kadang-kadang kita terasa hidup kita susah. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Pelajar perlu siapkan tugasan, terkadang rasa tidak mampu selesaikan. Seorang pekerja terasa terbeban dengan tugasan dari pihak atasan. Terkadang rasa seperti kita tidak boleh menyiapkannya. Tapi lihatlah selepas itu, dapat tidak kita selesaikannya ? Ya, segala puji bagi Allah yang mengeluarkan kita dari masalah. Kita berjaya menyempurnakannya !



Kerana apa, kerana Allah itu sayang pada hamba-hambaNya. Dia tidak mungkin membiarkan kita tanpa sebarang petunjuk.

Saya terlintas mahu menulis artikel ini kerana saya mengalami perkara yang sama berulang kali. Terasa penat dan payah mahu menguruskan hal itu dan hal ini di German ini. Di sini mereka terkenal dengan banyaknya borang yang perlu diisi. Saya perlu mengangkat barang yang banyak untuk pindah rumah, kemudian daftar di tempat saya belajar, kemudian daftar sebagai penduduk kawasan ini dan sebagainya. Jika sebelum itu saya agak banyak mengeluh kerana terlampau banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tapi Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah hampir selesai.

Tiada yang mustahil bagi Allah. Berdoalah kepadaNya walau bagaimana sukarnya atau senangnya situasi anda. Kerana Dia berada di mana kamu berada.

Semoga esok lebih baik dari hari ini.


0 Kommentare:

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...