Makan daging bangkai saudara

Hari itu kami seramai sepuluh orang pelajar Malaysia mahu menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di Stadium Bola Sepak di Mercedes Benz Arena, Stuggart. Kami seramai 10 orang yang ditemani dengan tiga orang sukarelawan German bergerak menaiki keretapi bersama-sama.

Sepanjang perjalanan aku memilih untuk duduk bersama tiga orang sukarelawan tersebut di dalam keretapi dengan niat mahu menambah-baikkan penggunaan bahasa German aku.



                                                                   * * *

Sepanjang perjalanan kami berseronok bercerita tentang bola, pelajaran dan tentang kemudahan pengangkutan awam yang ada di German. Sepanjang perbualan itu terdapat seorang pakcik melintasi kawasan kami. Memandangkan orang agak ramai, maka badan dia melanggar sedikit salah seorang dari sukarelawan tersebut.

Kemudian kami sambung bercerita dan tidak lama selepas itu pakcik yang sama lalu kembali. Kami tidak menghiraukannya. Tetapi peristiwa tersebut berulang-ulang kali seolah-olah dia bergerak ulang -alik ke tandas yang ada di hujung gerabak.

Salah seorang sukarelawan yang bernama Andreas memandang aku, hairan agaknya. Aku hanya menggelengkan kepala, tanda tidak tahu. Kemudian dia sambung bercerita apa yang telah kami bualkan.
Dari situ aku mula memikirkan, yang mereka tidak suka untuk bercerita perihal orang lain !

Dan itu bukan kali pertama pemerhatian aku yang menunjukkan sebegitu rupa. Paling teruk pun mereka akan mengata yang si perempuan itu cantik. Dari situ aku cuba membuat perbandingan, kerana kebanyakan rakyat kita suka bercerita dan membuat cerita tentang orang lain. Terutamanya tentang perkara yang mengaibkan.

" Pakcik tadi ulang-alik sebab cirit-birit kot. Haha " Mungkin itulah yang aku gambarkan.

"Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people."


Jadi aku menyimpulkan beberapa sebab kenapa orang yang hebat tidak suka mengumpat.


  1.  Kehidupan mereka jauh lebih menarik untuk diceritakan !
  2. Sentiasa cermin diri sendiri ( Pandang keburukan diri terlebih dahulu)
  3. Mereka tidak suka melakukan perkara yang mereka tidak suka dilakukan
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.(49:12)

Semoga hari besok lebih baik dari hari ini.

0 Kommentare:

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...