Eh, mari bermusafir

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Dengan izinNya saya menulis. Tujuan artikel ini ditulis pun kerana mahu menggalakkan anda yang membaca supaya bermusafir. Kita lihat hari ini ramai golongan 'mat saleh' atau 'minah saleh' menggendong beg besar mereka di bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Bagi kita itu perkara biasa, dan bagi mereka jua.

Tetapi sebaliknya berlaku bilamana kita lihat orang Malaysia sendiri menggendong beg besar.

" Eh, dia ini pindah rumahkah ? " Mungkin itulah yang terdetik di hati, walau bukan semua.



Seperti biasa, kita berbalik kepada al-Quran dan al-Hadis. Jarang yang mengetahui bahawa banyak sebenarnya dalil yang menyarankan supaya kita berjalan(bermusafir) di bumi Allah ini. Penulis sendiri sebenarnya pun baru tahu.
“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)
Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)
"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46)
Dan sirah sendiri menunjukkan bahawa baginda sendiri sering bermusafir. Dan tidak hairan juga jika umum mengetahui bahawa kebanyakan para sahabat tidak dikebumikan di madinah, sebaliknya di seluruh seantero dunia hingga ke negara tembok besar Cina sekalipun !

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud dan Tarmidzi).

Mengapakah musafir ini begitu hebat kesan dan impaknya ? Mengapa Allah dan baginda benar-benar menyarankannya ? Berikut adalah sedikit cetusan ilham yang Allah kurniakan kepada saya.

Penulis dalam perjalanan.


1) Perancangan yang teliti. 
Sangat penting untuk merancang. Jika tidak dibuat perancangan awal, maka kelam-kabutlah sepanjang perjalanan.

Pernah satu ketika saya mahu berjalan jauh berseorangan, disebabkan sibuk dengan peperiksaan membuatkan saya tidak sempat untuk merancang awal. Akibatnya saya terpaksa tidur di dalam lif kerana cuaca luar yang sangat sejuk sementara mahu menunggu keretapi yang seterusnya.

2) Meningkatkan tahap kesabaran
Bohonglah dikatakan perjalanan yang telah dirancang rapi itu tidak ditimpa masalah. Masalah itu tetap akan tiba. Yang membezakan kita dengan orang lain adalah bagaimana kita mengatasi ujian dan masalah tersebut.

Keika saya tiba di suatu perhentian, seseorang lelaki mempelawa pertolongan. Hati mana yang tidak lega bilamana anda betul-betul tidak tahu sebenarnya dan tempat itu asing bagi anda. Rupa-rupanya niat baik itu bersebab. Dia kemudiannya tanya kepada saya untuk dipinjamkan duit kepada dia.

Ujian juga boleh jadi dalam bentuk ujian keimanan. Ketika saya duduk dalam bas, saya duduk bersama dengan seorang lelaki cina dari Singapura. Dan kami mempunya meja. Jadi saya duduk bertentangan dengan pasangan lelaki perempuan. Kiranya saya membelakangi pemandu bas. Sepanjang perjalanan mereka tidak habis-habis bercumbu-cumbuan. Ditambah pula dengan saya mula rasa pening dek kerana bas berjalan ke belakang.

3) Tawakkal kepada Allah bertambah.
Benar, ketika bermusafirlah anda merasa betapa kerdilnya kita di muka bumi ini. Di saat ini kita berasa bahawa Allah itu tidak pernah tinggalkan kita. Kerana walau seteruk mana kita ditimpa masalah, pasti ada jalan keluarnya. Sama ada kita pernah sedar dan bersyukur atau tidak. Tahu-tahu kita sudah selamat sampai. Tahu-tahu kita sudah pulang ke tempat asal.

***

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan. Tetapi kerana tugasan yang banyak, terpaksa saya berhenti di sana. InsyaAllah, jika ada keizinanNya, saya akan menyambung artikel ini.

p/s : Ada yang berkata, bahawa pelajar luar negara sangat bermewah dengan duit tajaan yang ada. Saya hanya boleh berkata, itu rezeki kami, mungkin rezeki kalian dalam bentuk yang lain,dan itu juga amanah kami. InsyaAllah, dengan pengalaman yang ada akan kami bawa pulang dan sumbangkan kepada agama dan negara.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

2 Kommentare:

Putri Nurfariza hat gesagt…

kena tidur dalam lif? laa. kesiannya.

apapun,
seeru 'ala barakatillah.

Unknown hat gesagt…

Sebab tunggu next train yang lmbt, dan x de bangunan yg hmpir, yg ada pun kunci

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...