Hadith logam

explaination about hadith logam insyaAllah?



terima kasih pada yang bertanya
saya yakin, yang bertanya sebenarnya lebih arif berbanding saya
baik, berkenaan dengan hadis logam :



“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham.”
(Bukhari & Muslim)

ada banyak pendapat mengenai hadis ini
jadi saya akan mengemukakan apa yang saya faham
maaf andai tersalah silap

apakah ciri-ciri logam ?
logam adalah suatu bahan yang kukuh, dan apabila ditempa akan menghasilkan suatu bentuk yang sangat cantik dan berguna pada manusia
jadi hadis ini merujuk kepada orang yang hebat sebelum masuk Islam, tetap akan hebat setelah masuk Islam
contoh mudah dan orang ramai selalu pakai : Saidina Umar al-Khattab
Beliau begitu tegas dan lantang menentang Islam sebelum memeluk Islam, dan beliau jugalah orang yang paling digeruni apabila memeluk Islam

Contoh masa kini
Anda punyai sahabat yang hebat dalam menggunakan photoshop
Apabila anda mengajak dia lebih dekat pada Islam, masyaAllah, dia boleh menggunakan kemahirannya untuk sebarkan dakwah

wallahualam

0 Kommentare:

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...