Manfaat dari menziarah

Hari ini aku bergerak pulang dari rumahku di Port Dickson. Kali ini lain. Biasanya aku membawa kereta. Tetapi kali ini aku memberontak mahu membawa motosikal. Bukan apa, jimat kos sedikit, dan aku tahu risiko untuk terlibat dengan kemalangan amat tinggi. Ibu aku berat untuk membenarkan, tapi aku tekad juga.

                                                                   * * *
Untuk dijadikan cerita, tibanya di Seremban, tiba-tiba terdetik di hatiku untuk menziarahi pakcikku. Dia lumpuh kerana terlibat dengan kemalangan beberapa hari lalu. Juga dengan menaiki motosikal. Lalu aku berhenti di tepi jalan untuk membeli sedikit buah tangan.



"Tidak manislah kalau melawat tidak membawa apa-apa" Bisik hati kecilku.



Tibanya di rumahnya, kelihatan sunyi sepi. Anak-anaknya keluar. Tinggallah pakcikku bersama dengan isterinya yang setia. Beruntung beliau mempunyai isteri yang solehah sebegitu. Aku lihat beliau hanya terbaring di atas katil pesakit.

" Assalamualaikum" aku memberi salam.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]
Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud) 
Sebenarnya sejak belakangan ini aku rasa berbolak-balik, sama ada mahu meneruskan pelajaran di luar negara (German) atau hanya sambung di dalam. Hal ini timbul kerana aku asyik diperdengarkan dengan segala benda yang negatif sekiranya melanjutkan pelajaran di negara yang hebat dengan kejuruteraan itu.

" Saya tidak pasti la pak cik, sama ada mahu pergi atau tidak " ujarku ketika berbual dengannya.

" Cuba kita lihat sesuatu untuk ambil pengajaran " Pakcikku memulakan perbicaraannya.

" Kau dahulu bersusah payah untuk menempuh UPSR. Kemudian kau berusaha untuk PMR, dan akhirnya SPM. Jadi lihat, sejauh mana kau sudah berjalan ? Adakah kau mahu berpatah balik sekarang ? Cuba kau fikir, yang gagal itu bagaimana cirinya ? Dahulu kau berjaya kerana apa ? Kerana kau punyai azam yang kuat untuk berubah, untuk membantu keluarga kau ! "

TIba-tiba aku tersentak. Teringat aku akan kalam suci :

Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.(3 :159) 

Ya, aku mesti teruskan. Setelah aku berazam, maka serahkanlah segala-galanya kepada Dia. Kerana Dia pemilik segala sesuatu. Hati aku masih risau kerana masih tercalit cinta dunia pada diri ini. Sungguh, Dialah sebaik-baik perancang !
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”(3:54)
Banyak kelebihan menziarah. Tidak semestinya kepada orang sakit. Dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, aku singgah pula di rumah abangku di Seremban dan kemudian rumah pakcikku di Bandar Saujana Putra. Sungguh, amat rugilah bagi mereka yang menyombongkan diri, tidak mahu menyambung silaturrahim sesama kita.

p/s : cerita ini berdasarkan kisah benar dan diubah-suai untuk menepati cita rasa pembaca

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini

1 Kommentare:

Reiichi hat gesagt…

nak ikut :P

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...