Anak-anak ke masjid

Salam rushdi. Saya ingin bertanya. Apakah hukum bagi wanita yang membawa anak-anaknya ke masjid (ketika terawih misalnya) dan kemudian anak-anaknya itu membuat bising sehingga mengganggu jemaah yang lain ? Tidak mengapakah?

soal hukum saya tidak pasti
kerana jawapan yang saya jumpa tidak bersertakan dalil
tapi insyaAllah, ini adalah benar

1- Sunat ; kiranya dapat mendidik mereka menjiwai solat berjemaah dan menyukai masjid sebagai pusat ukhwah dalam masyarakat.
2- Harus ; kiranya mereka sudah mumayyiz, tidak mencetus gangguan dan boleh dikawal.
3- Makruh, bahkan Haram ; kiranya mereka boleh mengganggu jemaah yang sedang solat, mencetus kekacauan dan menimbulkan fitnah serta perbalahan sesama ahli jemaah.

http://www.myilham.com/blog/2011/08/kanak-kanak-bawa-ke-masjid-atau-tinggalkan-di-rumah/



mengapa anak-anak buat bising ?

1. si ibu dan si bapa perlu mendidik dan memberi amaran supaya tidak membuat bising di masjid. Seperti mana kita menegur anak-anak yang membuat bising di rumah orang.
2. kenapa kanak-kanak duduk saf belakang ? lagilah senang mahu buat bising !
Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:



“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda
(Riwayat al-Bukhari).

Kata Anas bin Malik :
“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”.
(Riwayat al-Bukhari).

Bahkan perbuatan orang tua menghalau kanak-kanak dari saf dan mengambil tempat mereka telah menyanggahi adab Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w

“Jangan seseorang membangunkan orang lain dari tempatnya, kemudian dia duduk di situ”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

anak -anak ini tidak tahu apa-apa
didiklah dengan penuh kasih sayang
masih ingatkah kita semua sewaktu kecil dahulu ?
kita akan buat apa yang kita suka kerana kita masih tidak tahu apa-apa !

Anak-anak membesar dalam agama ini dengan didikan yang lunak. Kata sahabiyyah Nabi s.a.w yang bernama al-Rubaiyyi’ binti Muawwiz:

“..selepas itu kami pun berpuasa dan menjadikan anak-anak kecil kami berpuasa. Jika Allah kehendaki, kami juga pergi ke masjid membawa mereka. Kami buat untuk mereka mainan dari bulu berwarna. Jika mereka menangis lapar kami berikan mainan tersebut sehingga sampai waktu berbuka”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban).

rujukan yang sangat baik : http://drmaza.com/home/?p=1753

wallahualam

0 Kommentare:

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...