Cari orang hebat

Hari itu aku keluar bersama anak-anak buah ku, tengok wayang pada mulanya di Jusco Bukit Raja. Aku suka keluar dengan mereka memandangkan mereka seolah-olah adik-adikku. Al-maklumlah, aku anak bongsu. Sementara menunggu waktu praktikal ini, aku menghabiskan masa bersama mereka sekeluarga.

Dalam perjalanan balik, aku bercadang membawa mereka untuk ke Setia Alam City Mall, untuk ke kedai MPH bagi membeli sedikit peralatan menulis dan beberapa buah buku.


" Buku adalah bahan Ilmu yang kaku, yang mampu mengubah manusia menjadi maju "

Kata-kata ibu itu masih terngiang-ngiang dibenak fikiranku. Sekarang jika aku ke kedai buku, aku pasti akan menghabiskan banyak masa dan wang, dan aku juga bercita-cita untuk jadi penulis yang hebat, demi melawan hujah-hujah musuh-musuh Islam, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Moga Allah permudahkan.

                                                                       *   *   *

Setibanya kami di SSM, kami terus bergegas ke surau bagi menunaikan solat fardhu Maghrib. Ruang solat yang disediakan agak luas. Cuma laluan ke surau agak sempit, hingga terpaksa berhimpit-himpit untuk keluar masuk surau.

Seperti biasa, aku yang akan habis solat dahulu. Biasalah, perempuan agak lambat sedikit. Untuk pengetahuan, anak buah saya perempuan. Untuk mengisi masa, aku ke tempat duduk yang disediakan lalu aku baca beberapa ayat Quran. Akhirnya aku berasa seperti terlalu lama menunggu, lalu aku ke pergi ke laluan utama ke surau kembali.

Tiba-tiba aku terlihat susuk tubuh yang seperti aku kenal, tapi malangnya aku tidak pasti sama ada benarkah dia, seseorang yang aku agak kagumi. Tetapi dari gayanya aku boleh agak dia orangnya, memandangkan dia memegang Ipad dan bergaya bersahaja.

Aku tenung dia lama-lama, tanpa segan silu. Aku rasa dia mungkin perasan dengan tindakanku yang ganjil ini. Lalu dia berjalan terus ke arah sekumpulan anak gadis perempuan, dan mengejutkan mereka dari belakang.

" Eh, ramainya aweks dia " Aku berkata di dalam hati.

Tidak lama selepas itu anak buah aku pun keluar dari surau. Demi menjimatkan masa, aku memberanikan diri bertanya pada lelaki tersebut, setelah dia jauh daripada sekumpulan anak gadis tadi. Aku pemalu juga sebenarnya.



" Ustaz Pahrol Muhamad Juoi ? "

" Ya saya " jawab dia ringkas.

Muka dia terus senyum, lantas hilang rasa janggal pada diriku. Oh, rupa-rupanya tadi itu anak-anak dia. Dia sedang menunggu anak-anak lelaki dia pula habis solat. Maka aku meminta izin dia untuk mencuri sedikit masa dia bagi bertanya beberapa soalan .

1. Bagaimana berhadapan dengan golongan yang tidak percaya tuhan ?

Kadang-kala kita perlu bertanya kembali kepada mereka soalan yang sama. Jika mereka bertanya apa bukti tuhan itu ada, maka tanya kembali kepada mereka bukti tuhan itu tiada. Dalam perdebatan ini, menang bukan hujah matlamat utama, tetapi memenangi hati itu yang lebih utama. Tunjukkan sikap yang baik bagi seorang muslim.

2. Kami sebagai remaja, bagaimana mahu membantu umat Islam ?

Cukuplah sekadar kamu menjadi Islam yang sebenar-benarnya. Tunjukkan melaui contoh akhlak yang baik. Jika kita menunjukkannya melalui perbuatan kita, itu sudah dikira membantu Islam sebenarnya.

Action is louder than words !

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kebaikan di) hari akhir (kiamat), dan dia banyak mengingat Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)


3. Bagaimana kami mahu belajar menulis ?

Untuk belajar menulis, anda perlu menulis, sebagaimana anda perlu berenang untuk belajar berenang. Tetapi awas, nisbah antara membaca dan menulis adalah 3 : 1. Jadi kesimpulannya, banyakkan membaca terlebih dahulu sebelum mahu mula menulis.

Habis sahaja perbincangan kami, aku meminta dia mendoakan kami yang akan ke German insyaAllah pada tahun hadapan. Sungguh, hati aku berasa sungguh gembira berjumpa dengan orang yang hebat-hebat kerana aku juga ingin menjadi seperti mereka.

" InsyaAllah Rushdi, jumpa anda selepas balik dari German , dan moga jadi pejuang agama ! "

Itulah kata-kata terakhir yang aku dengar darinya. Moga doa dari orang yang alim diperkenankan oleh Allah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

0 Kommentare:

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...