Bacaan Basmalah

salaam. nak tanya, atas sebab apakah anda baca alfatihah dalam solat tanpa bismillah?

wslm
soalan baik



Selepas bacaan Ta’awudz maka Rasulallah membaca lafaz “ Bismillah…”,Baginda tidak menguatkan bacaannya (mengeras,menyaring,[JAHR] bacaan). 

Diriwayatkan dari hadis Anas bin Malik dari beberapa cara:-

1.Dari Syu’bah,dari Qatadah,dari Anas berkata:”Aku tidak pernah mendengar seorang pun dari mereka menguatkan bacaan “bismillah…”. 
2. Diriwayatkan oleh Bohari ,Muslim, Ad Daru Qutni, As Siraj : “Tidak mendengar bacaan ‘Bismillah…’ 
3. Dari Mansur Bin Zadzan dari Anas,berkata:”Tidak mendengar bacaan ‘Bismillah…” 
(Sifat Solat Nabi:Jld 1:MS343/344)


“Tidak mendengar itu” bermaksud “Bismillah” itu dibaca dengan perlahan (Sirr).
Membaca “Bismillah..” dengan perlahan (sirr) adalah pendapat majoriti ulamak, ada juga hadis yang mengatakan membaca dengan kuat (Keras, nyaring) tetapi hadis hadis tersebut tidak sahih,walaupun ada kalanya Rasullah menyaringkan bacaan “Bismillah..”kemudian Baginda meninggalkannya. 
(Sifat Solat Nabi:Jld 1:MS358).

Walau bagaimanapun tidak mengapa mengeraskan (menyaringkan) bacaan seperti hadis Ibnu ‘Amdan hadis Anas terdahulu kerana bacaan tersebut bertujuan sebagai pelajaran kepada yang mengikuti solat. 
(Sifat Solat Nabi:Jld 1:MS359).

Ramai dikalangan sahabat Nabi,Tabi’in dan ulamak ulamak salaf atau khalaf yang tidak menguatkan menyaring(mengeraskan) bacaan “Bismillah” atau tidak membaca “Bismillah” sama sekali. 
(Samudra Al Fatihah:Bey Arifin:MS 94)

Menurut Imam Malik “Bismillah “tidak dibaca samaada secara perlahan (sirr) atau nyaring (keras, jahr) mereka berdalil dengan hadis dalam Sahih Muslim dari Aiysah RA,ia berkata:”Rasulallah SAW memulakan solatnya dengan takbir dan bacaan Al Fatihah” 
(Ibnu Abi Hatim 1/12, Muslim no 498(240)

Menurut riwayat Muslim”Mereka tidak menyebutkan “Bismillah…..”pada awal dan tidak juga pada akhirnya. 
(Muslim 1/299,no399/ Al Bohari no 734)

KESIMPULAN.

Dari hadis hadis yang tersebut diatas ,dapatlah di pastikan bahawa Rasulallah SAW dan sahabat sahabat Baginda dalam solat pernah membaca “Bismillah” dan pernah juga tidak membacanya,pernah membaca dengan nyaring (keras ,jahar) dan pernah juga membaca dengan perlahan(sirr). 
(Samudra Al FAtihah: MS 97)

https://www.facebook.com/note.php?note_id=375713237910

wallahualam

0 Kommentare:

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...