Perginya seorang sahabat

Petang itu aku rasa tidak bersemangat. Sedikit 'down' rasanya dalam perjalanan hidup ini. Kadang-kala mahu sahaja minta Allah ambil nyawa diri ini cepat. Apakan daya, tanggungjawab masih banyak belum terlaksana.

Petang itu hujan renyai. Ibu pula baru balik dari berniaga. Aku seperti biasa membuka notebook dan melayani Fb. Hari ini hari jumaat, banyak nasihat dan ajakan yang baik yang tertulis di muka buku. Semua sahabat-sahabatku hebat-hebat belaka.

                                                                           *  *  *

Pulang dari solat isyak di masjid, aku terus masuk ke dalam bilikku. Ibu sudah lama tidur, seperti biasa kerana ibu bangun awal pagi. Lantas aku terus online kembali. Dan sesuatu yang tidak diduga berlaku. Aku lihat sahabatku memuat naik gambar sarwah yang lain dan dia menulis 'al-fatihah'.

Aku jadi marah. Aku jadi bingung. Aku terus menelefon sahabatku itu, Naufal.

" Apa yang jadi ini ? " Bentakku sambil menangis. Sahabatku itu pun terus memujuk aku sambil dia pun turut menangis.

                                                                           *  *  *

Teringat kembali kisah lama, dia seorang antara sahabat baikku. Pernah suatu hari, aku hampir dipukul oleh budak-budak nakal, dek kerana aku memberitahu cikgu kegiatan salah seorang ketua mereka yang 'dating' di kawasan sekolah. Kami baru tingkatan 2 ketika itu, badan semua masih comel-comel belaka. Hari  itu aku ditarik oleh kumpulan mereka, ketika kami pulang dari solat jumaat bersama sahabat-sahabatku yang lain,dan arwah Ahmad Fuad menarik aku kembali. Sungguh, di saat itu hati ini terasa sungguh terharu.

Di sekolah dulu, kami juga sering bersama, cuma kadang-kala aku suka mengasingkan diri kerana mahu belajar kononnya. Arwah orang yang baik, suka tegur menegur sahabat-sahabat yang lain. Cuma bila aku pindah ke SMAP Labu ketika tingkatan4, hubungan kami jadi agak renggang.



Baru-baru ini juga arwah bercadang mahu berjumpa denganku dan aku pun sudah lama menyimpan niat yang sama. Tapi apakan daya, kesibukan di Shah Alam tidak memberikan aku ruang dan peluang.

" Dia sudah lama mahu jumpa dengan kau , Udi " Ujar salah seorang dari sahabatku, Faiz.

                                                                         *  *  *

Keesokan harinya, aku dan sahabat lamaku, Syazwan pergi kerumah dia. Sudah ramai orang menunggu di rumahnya. Jenazah arwah masih di hospital Besar Tampin. Agak lewat pengurusannya. Kira-kira pukul 11.30 pagi, barulah arwah dibawa pulang kerumahnya.

#Lesson1 : Banyakkan membaca zikir dan ayat Quran sementara mayat belum dikebumikan

Mayat seterusnya dibawa ke masjid yang berdekatan untuk solat jenazah. Untung semalam aku rujuk kembali cara untuk solat jenazah. Bayangkan, ini sahabatku, bagaimana pula suatu hari nanti ahli keluargaku ? Sudah bersediakah aku ?

#Lesson2 : Sentiasa mendalami dan mengulangi Ilmu agama

Bagi aku mayat agak lewat dikebumikan, kerana arwah meninggal asar semalam. Aku sudah terbayang, sekiranya aku berada di German, dan salah seorang dari orang yang aku sayang meninggal, patutkah aku menahan mayat dahulu, sementara menunggu aku pulang ?


Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah(mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan, dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkok kamu". (Muttafaqun Alaihi) 
#Lesson3 : Segerakan dan permudahkan proses pengebumian

                                                                        *  *  *

Dia beruntung kerana mempunyai ramai sahabat yang baik. Memang layak untuknya kerana dia juga anak yang soleh. Di waktu akhir nyawa dia pun, ramai sahabatnya yang hadir dan turut membantu proses pengebumiannya.

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

Sebelum tamat proses pengebumian, hujan turun membasahi bumi. Hati ini terasa hiba, rasa seolah-olah baru sahaja bergurau-senda dengan si dia. Kini dia sudah pergi selamanya, mengingatkan aku hakikat kejadian kehidupan, tiada yang kekal di bumi ini.

Aku dan beberapa rakannya dari UPSI antara yang terakhir menuruni bukit, sambil dibasahi hujan. Kadang-kala aku memandang kembali ke arah bukit, dan terbayang seolah-olah si arwah sedang memanggil namaku.
Badanku menggigil kesejukan, namun terasa diri ini mahu menjumpa arwah kembali, sekali pun sudah memadai.

" Semoga kau ditempat bersama orang yang soleh, sahabat "



2 Kommentare:

Reiichi hat gesagt…

hargai sahabat yang ada sekarang
insyaAllah susah senang bersama
sama-sama mencapai redhaNya

Unknown hat gesagt…

insyaAllah

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...