Bertuhankan duit

Hari ini aku seperti biasa menolong ibuku di pantai, mengurut. Ibuku membuat rawatan refleksologi. Aku cuma membantu setakat mana yang ku mampu.

Seperti biasa aku menolong ibuku membuka kedai seawal pukul 8 pagi dan aku akan pulang kemudian ke rumah, kerana aku ingin belajar kononnya. Aku hanya menunggu panggilan telefon dari rumah. Dan ibuku setia menanti pelanggan di tepi pantai Port Dickson.

Tiba-tiba telefonku berbunyi, menandakan waktu tugasan aku telah tiba.



" Adik, ada lelaki mahu urut "

Kebiasaannya ibu memang tidak mengurut lelaki, dan diberikan kepada aku. Sebelum bertolak aku berdoa agar aku ditemukan dengan orang yang baik-baik.

                                                                          *    *    *

" Kamu sudah lama mengurut ? " Tanya pakcik itu.

" Saya masih baru belajar lagi pakcik " Jawabku ringkas. Dari penglihatanku dapat ku tahu bahawa dia adalah orang yang berpengalaman dalam bidang ini. Sebelum aku mengurut, dia sendiri mengajarku cara duduk yang betul supaya kita tidak sakit pabila mengurut kaki orang.

Sedang berbicara dengan pakcik itu, tiba-tiba kami berbicara perihal duit.

" Ramai orang hari ini bertuhankan duit "

Aku hanya mendiamkan diri sambil mengurut kakinya yang agak kecil bagiku.

" Yang memberi rezeki adalah Allah. Duit ini tiada gunanya jika kita bakar. Nilainya hilang. Dan siapa yang menentukan nilai duit ? Manusia bukan ?"

Aku mula mengagumi bekas pegawai Maybank ini, yang sanggup berhenti kerja kerana mahu membersihkan diri dari riba.



" Kita hari ini dilatih oleh sistem yang pertuhankan nilai mata wang, yang mempunyai unsur riba, dan yang lemah akan sentiasa ditindas. Sebagai contoh, kita di Malaysia perlu berkerja 3 kali ganda jika mahu menyamai dengan gaji pekerja di Amerika, atau mungkin 3 kali lebih masa "

Aku diam membisu cuma.

Kemudian dia sambung lagi.

" Allah mencukupkan keperluan seseorang. Dia tidak perlu kaya. Apa guna kaya jika keperluannya tiada. Dia masih boleh makan sudah kira cukup bagus. Dia sihat, Alhamdulillah. Ada kisah seorang atheist yang punyai banyak wang, sanggup beri jumlah yang banyak kepada doktor yang mampu ubatkan anaknya, namun jika doktor itu tidak mampu, siapa lagi yang boleh bantu. Hakikat ini yang menyedarkan atheist tersebut. "

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya (65:3)

Kata-kata pakcik itu sudah mampu membuatkan air mata aku mengalir. Cuma mungkin kerana ego seorang lelaki itu membuatkan aku mampu menahan. Ya, kadang-kala aku sentiasa mengejar kemewahan tanpa aku sedar, aku mahu kereta Audi, aku mahu motor superbike, tanpa aku bersyukur dengan apa yang aku ada selama ini.

" Duit ini ciptaan manusia, emas adalah ciptaan Allah. Tiada siapa yang mampu meniru "

Aku mengagak pakcik ini mahu berbicara perihal wang dinar emas yang pernah digunakan ketika era zaman kegemilangan Islam. Namun perbincangan kami terpaksa diberhentikan memandangkan isterinya telah menelefon beliau berkali-kali.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.




4 Kommentare:

Reiichi hat gesagt…

duit..nafsu..pangkat..wanita

^-^" kukuhkan keimanan, insyaAllah kita tak kan terpedaya dengan dunia

Unknown hat gesagt…

wahan dunia itu semua.may Allah protect us from the world fitnahs

Unknown hat gesagt…

insyaAllah, sama-sama doa Allah beri kekuatan

Unknown hat gesagt…

Aminnn insyaAllah :)

Kommentar veröffentlichen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...